Ahad, 8 Julai 2012

Rahsia Zikir Dari Sudut Sains

FAKTA SAINS SEBENAR 

 
"Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks. 

Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak

Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.
 
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA
Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
  • Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir 
  • Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
  • Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
  • Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
  • Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
  • Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
  • Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
  • Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
  • Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
  • Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
  • Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"


Konsep Penuruan Ilmu



Pandangan yang jelas (basirah) datangnya daripada mata kepada roh.
 
Mata ini terbuka di dalam jantung hati orang-orang yang hampir dengan Allah Swt, yang menjadi sahabat Allah.
Semua ilmu di dalam dunia ini tidak akan mendatangkan pandangan dalam (basirah).
 
Seseorang itu memerlukan pengetahuan yang datangnya daripada alam ghaib yang tersembunyi pengetahuan yang mengalir daripada kesedaran ILLAHI.
 
Sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:
"Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami, yang telah Kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu (ilmu laduni) dari sisi Kami. (Dari Surah Kahfi Ayat 65).

NOTA:
Orang-Orang yang TERSEKAT ILMUNYA (tidak dapat MEMAHAMI SESUATU ILMU) itu bermakna PROSES penukaran Ilmu kepada neurons (nur) tidak berlaku atas sebab TIDAK DIIZINKAN oleh Allah Swt. ILMU itu bukan hak dan miliknya - DrSoul


SUMBER

13 Nasihat Kehidupan

Agama adalah nasihat :13 nasihat kehidupan

1. Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan fikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

2. Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya dan menjaga aibnya.

3. Bukan gelaran atau jabatan yang menjadi orang menjadi mulia. Jika kualiti peribadi buruk, semua itu hanyalah topeng tanpa wajah.

4. Ciri seorang pemimpin yang baik akan nampak dari kematangan peribadi, buah karya, serta integrasi antara kita dengan perbuatannya.

5. Jika kita belum boleh membahagikan harta, kalau kita tidak boleh membahagikan kekayaan, maka berikanlah contoh yg kebaikan.

6. Jangan pernah menyuruh orang lain sebelum menyuruh diri sendiri, jangan pernah melarang orang lain sebelum melarang diri sendiri.

7. Pastikan kita sudah bersedekah hari ini, baik dr segi keewangan, dengan ilmu, tenaga, atau minimal dengan seyuman yang ikhlas.

8. Para pembohong akan dipenjara oleh kebohongannya sendiri, orang yang jujur akan menikmati kemerdekaan dalam hidupnya.

9. Bila memiliki banyak harta, kita akan menjaga harta. Namun jika kita memiliki banyak ilmu, maka ilmulah yang akan menjaga kita.

10. Kalau hati kita bersih, tak ada waktu untuk berfikiran buruk, curang atau dengki sekalipun.

11. Bekerja keras adalah bagian dari fisik, bekerja keras merupakan bahgian dari otak, sedangkan bekerja ikhlas ialah bahgian dari hati.

12. Jadikanlah setiap kritik bahkan penghinaan yang kita terima sebagai jalan untuk memperbaiki diri.

13. Kita tidak pernah tahu bila kematian akan menjemput kita, tapi kita tahu bahawa seberapa banyak bekal yang kita miliki untuk menghadapinya.

SUMBER