Ramadhan 2012 – PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA
Sebelum ni aku ada cerita pasal menonton wayang cerita 2012. Kali ni aku nak kongsi sedikit maklumat yang diperolehi dari Web Jakim – berkaitan dengan sebuah ‘hadis’yang ada mengisahkan pasal Ramadhan 2012… untuk pengetahuan umum… Hal ni aku rasa terpanggil nak kongsi, sebab ramai yang perlu tahu…
Maklumat berikut diterima dari email…
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012… 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas di bumi). Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu……. ALLAH sahaja Maha Mengetahui…………. cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012.
UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES
2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010
2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011
2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012
Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.
Jawapan dari JAKIM:
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas.
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; ” Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).
Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan