Isnin, 12 September 2011

3 Soalan DiJawab Dengan Penampar

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri, mungkin terpengaruh dengan pemikiran bebas, dia kembali ke tanah air dengan membawa soalan-soalan pelik yang tidak mampu dijawab oleh ahli keluarganya dan ustaz-ustaz di kampungnya. Dia kemudian di sarankan supaya berjumpa sednagn seorang ustaz yang alim dalam bab fiqah dan tauhid.

Bermulalah dialog ini:


Pemuda: Apakah bisa menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Kiyai : Insyaallah,Dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya.

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda
: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda
: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.


Komen gua:

Moral of the story

1. Jangan kurang ajar dengan orang alim, + veteran.

2. Soalan cepu emas memang kena penampar dulu, baru lah di jawab.

3. Jangan tunjuk pandai kalau dah sah diri tu masih bodoh.

4. Belajarlah dengan orang yang berpengalaman. Sijil/kelulusan adalah syarat kita untuk diterima sebagai profession, tetapi akhlak adalah benteng jatidiri.

5.  Lain kali jangan direct tanya Kiyai, tanyalah rakan-rakan dalam FB terlebih dahulu untuk dapatkan feedback, agar persiapan diri tu mantop!

6. Jangan anggap diri ini pandai. Anggaplah diri itu masih tidak lengkap ilmu. Kan kita disuruh cari ilmu sehingga liang lahad? 
Nape liang lahad? Sebab disitulah soalan-soalan CEPU EMAS TAHAP ULTIMATE diajukan! 
Dan adakah anda sudah menyediakan jawapannya? Masalah besar timbul, apabila mana soalan-soalan tersebut itu telah bocor! Kalau tak bocor, mungkin kita masih boleh jawab "Tak Tahu"? Tepuk dada tanya iman!....

1 ulasan:

  1. Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, 'kewujudan Allah' hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

    Muhasabah diri...
    Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

    Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
    Nauzubillah..

    Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

    buat pembaca blog kami
    firestartingautomobil.blogspot.com
    bukandoktorveterinar.blogspot.com
    Jom Terjah entry terbaru ??
    tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

    BalasPadam