Ahad, 16 Oktober 2011

Fakta Tentang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu

1. Perlukan perhatian
Dijadikan dari tulang rusuk lelaki, tulang rusuk sangat hampir dengan hati dan tangan. Maknanya perempuan memang untuk disayangi dan suka diberi perhatian. Sebab tu, kalau dah suka perempuan tu, beri perhatian. Kalau tak beri perhatian, lelaki lain plak yg beri perhatian.



2. Manja
Ini sifat semulajadi perempuan. Lelaki pun suka dimanjakan. Tak kan lelaki nak bermanja dengan lelaki?... geli wooo....

3. Bila berkata hati ke hati, perempuan memang maksudkan
Kata-kata perempuan keluar dari isi hatinya... So berhati-hati... jangan sampai silap cakap.


4. Tak suka disamakan dengan perempuan lain

Kalau lelaki dah membandingkan dengan perempuan lain, mesti ada kekurangan yang korang cari. Perempuan tak suka semua benda tu... Diaorang nak korang tengak kelebihannya je... Samalah dengan lelaki... korang mesti tak nak kalau kekurangan ko diberi perhatian kan?...

5. Mempunyai hati yang mudah tersentuh
Sebab sifatnya yang lembut dan sensitif. Jadi jangan mudah mainkan perasaan perempuan. Depa lebih mudah terusik.

6. Prihatin
Perempuan lebih prihatin daripada lelaki. Kenapa? Sebab perempuan bersungguh-sungguh lebih daripada lelaki. Tak kisah la prihatin dari perkara apa pun..... Baby tengah malam nangis, sape yang prihatin? Ada suami nak bangun? kirim salam lah.....

 Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : ” Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.

7. Tak suka diberi harapan
Beri harapan, lepas tu xde harapan. Sape nak. Kalau dah beri harapan, kotakan harapan tu.
8. Suka budak-budak
Dah sifat keibuan itu ada pada perempuan, sebab tu suka budak-budak.
 
9. Menyukai warna merah jambu
Cuba lelaki pakai merah jambu, kompom kena auuuuu! Kecuali kumpulan Jambu. Warna jambu melambangkan sifat lemah lembut mereka.

10. Suka window-shopping
Ini tabiat semualjadi. Jangan marah. Tapi layan je.... Perempuan suka dilayan dan diberi perhatian. Kalau tengah bercinta, faham-faham jelah... Cuma jangan berdua-duaan, sebab yang ketiga syaitan! Ajak muhrim teman.

11. Suka bergosip
Bergosip hal perempuan jugak dan isu-isu sensitif. Kadang tu, xde isu pun, tapi cara cerita itu disampaikan, nampak macam goisp. Lelaki pun bergosip, tapi hal bola, politik, sukan.....

12. Lebih pandai menjaga hati
Pandai jaga hati, sebab bila dapat sesuatu itu, sukar hendak dilepaskan. Tetapi bila dilepaskan, memang lepas habislah... Jadi kena pandailah bila bercinta terutamanya bila datang time merajuk!

13. Hendak kurus
Perempuan memang suka jaga body, bukan bz body?.... Kadang tu, kita tengok dah kurus dah... nak kurus lagi... xtau lah nak jadi cekeding macam mana lagi...?

14. Bersiap lama
Melaram je memang kerja perempuan. Cuma silapnya, berhias bila keluar dari rumah. Sepatutnya dirumah bersama suami, hiaslah cantik-cantik....

15. Suka berangan
Semua orang suka berangan. Wanita bila berangan, maknanya adalah benda yang diaorang nak dari korang (lelaki)...

16. Lebih mementingkan pelajaran
Dalam universiti sekarang pun dah ramai perempuan dari lelaki.
Pasai depa ramailah, Islam benarkan plogami...ooppsss... tersilap topik...
Bab salin nota, depa expert. Lelaki selalu tiru nota depa.. Exam tiru kot? hehehe...

17. Kalau Blogger perempuan..
Banyak topik hal perempuan dan keperempuanan... Kadang suka hentam lelaki.... hehehee

18. Suka bela binatang
Dah ada sifat mudah kesian, belas kasian. Memanglah. Kalau suka sepak kucing tu, kena check balik sifat dan jantina perempuan tu. Ada masalah sikit disitu...

19. Ego tak tinggi macam lelaki
Memang tak ego tinggi macam lelaki, sebab mudah empati dan simpati. Tapi tu ada jugak yang lebih tinggi egonya... lebih tinggi dari kasut tumit tinggi!!!

20. Boleh jadi simple
Kalau kena gaya, bolehlah jadi simple person. Dan boleh jadi complicated sesusah masalah Palestin-Israel.

Perempuan itu untuk dihormati dan disayangi, bukan untuk dikhianati.
Awas lelaki!!!!!!!
__________________________________________________________________________
Pandangan Islam berhubung wanita:

“Apabila seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, menjaga kehormatannya dan menghormati suaminya, maka akan dikatakan kepadanya, masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu sukai.”

 
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada  lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya  pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah… 

20. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseoranglelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan