PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN
1. Perang Badar Al-Qubra
Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan.
Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri,
sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil.
Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.
2. Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad
s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap
sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul
Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada
keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua
Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti
turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran
adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar
kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab
Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi
peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di
sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin
keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan
membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka
dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu
sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh
ribu.
4. Perang Tabuk
Dalam sejarah Islam, peperangan
ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini
telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M).
Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat
berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang
terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai
tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan
selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.
5. Pembukaan kota Mekah
Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin
Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk
menyerang dan memasuki Kota Mekah.
6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel
Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan
Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya
menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di
selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan
pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel
memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah
raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber
Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat
ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih.
Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan
Israel.
7. Perang Ain Jalut
Pada 15 Ramadhan 658
Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat
serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari
Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya.
Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera
Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang
Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang
Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu
yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya
kalah kepada tentera Islam.
8. Kekalahan Tentera Salib
Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang
dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke
hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret
Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima
hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin
pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya
menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah
puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib.
Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar
Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.
9. Perluasan negara Islam di Andalus
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian
Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa
waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92
Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan
Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam
menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan
tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya
mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan
menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama
lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada
dunia barat.
10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria
menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir
menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang
kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk.
Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun
menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat
membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan
mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan
Bukit Golan.
Sumber : FB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan