Rabu, 24 Ogos 2011

64% Pengguna Malaysia Dipengaruhi Oleh Pengiklanan Media Sosial

Semakin hari, penggunaan media sosial dikalangan pengguna tempatan semakin meningkat, dan terkini, melalui sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Nielsen,
ianya menunjukkan yang mana hampir 64% pengguna di Malaysia terpengaruh pada pengiklanan di media sosial, termasuk pada Facebook, Twitter dan juga blog.

Daripada kajian yang dikeluarkan itu, hanya sebanyak 36% pengguna Malaysia mengatakan yang mana mereka tidak terpengaruh langsung dengan pengiklanan pada media sosial. Pada masa yang sama, ianya juga memperlihatkan yang mana hampir 69% pengguna Malaysia mengikuti jenama melalui Twitter, ataupun Facebook.

Perkara ini diperkuatkan lagi dengan beberapa media pengiklanan tempatan yang mana menjurus pada pengiklanan melalui Facebook dan juga Twitter, seperti Says.my dan juga ChurpChurp. Mungkin dengan kadar penembusan internet yang semakin meningkat, kita mungkin akan dapat melihat impak media sosial yang lebih tinggi dikalangan pengguna tempatan.

SUMBER

1 ulasan:

  1. Wah! Boleh buat duit ne guna media sosial. Jual apa pun laku.

    Jom kita jual barang...

    BalasPadam