Rabu, 24 Ogos 2011

Noah Arc Bandaraya Terapung

IA kelihatan seperti sesuatu dalam filem cereka sains
tetapi struktur bandar raya atau metropolis terapung yang ganjil itu mungkin penyelesaian terbaik bagi bandar raya yang sering dilanda cuaca buruk.

Struktur gergasi berukuran 1,200 kaki dan meliputi kawasan seluas 30 juta kaki persegi itu direka bagi menempatkan 40,000 penduduk. Binaan itu dilengkapi infrastruktur yang biasa ditemui di bandar lain  seperti hotel, kedai, kasino dan bangunan sekolah.




Reka bentuk zaman angkasa itu turut dilengkapi taman, tangga ekspres khas dan laluan bergerak bagi kegunaan pejalan kaki.

Pelan struktur binaan aneh itu diilhamkan berikutan kejadian bencana Taufan Katrina yang melanda bandar New Orleans pada 2005.


Kemusnahan akibat bencana itu sungguh buruk dan masyarakatnya masih menjalani proses pemulihan.


Sekumpulan arkitek perancang bandar yang berpusat di Boston mengusulkan kertas cadangan supaya membina struktur binaan terapung di tebing Sungai Mississippi untuk mengelak tragedi berulang.


Struktur binaan yang dipanggil Penempatan Arkologi New Orleans atau NOAH adalah pelan tiga penjuru yang kukuh dan pembinaannya membolehkan angin ribut daripada cuaca buruk menembusinya dan berlalu pergi.


Struktur binaan NOAH yang dilengkapi alat penghalang taufan membolehkan angin ribut melaluinya tanpa menjejaskan penduduk di penempatan itu.

Arkitek yang mereka konsep binaan itu, Kevin Schopfer menjelaskan, pasukannya mengutamakan tiga perkara penting ketika mereka bentuk NOAH.


Schopfer berkata: “Cabaran pertama adalah mengatasi kesan kemusnahan secara fizikal dan psikologi akibat malapetaka yang berlaku kesan cuaca buruk yang berulang.


“Keperluan menyediakan persekitaran selamat dan stabil adalah matlamat utama dalam rancangan pemulihan penduduk New Orleans.


“Cabaran kedua ialah menangani masalah bandar New Orleans yang dikelilingi air. Bandar itu dibina sama serta di bawah paras laut yang menyebabkan ia terdedah kepada ancaman banjir dan ribut.


“Cabaran ketiga, New Orleans dibina di atas struktur tanah yang mengandungi beribu-ribu kaki tanah berlumpur, kelodak dan tanah liat. Keadaan ini menyebabkan pembinaan struktur bangunan berskala besar sukar.


“Penyelesaian kami bagi menangani semua cabaran ini ialah dengan memperkenalkan struktur binaan terapung,” katanya.


Dia menambah: “Pelan baru ini bertujuan membina kawasan penempatan untuk 40,000 penduduk dalam struktur cantik dan futuristik.


“Selain penempatan penduduk, binaan itu mempunyai kemudahan seperti sekolah, bangunan komersial, kedai, hotel, kawasan letak kenderaan dan kemudahan awam lain,” tambahnya.


Ia direka dengan posisi terapung di kawasan lembangan berukuran seluas 1,200 kaki dan sedalam 250 kaki.


Walaupun binaan itu dibina khusus untuk penduduk New Orleans, pasukan arkitek berkenaan percaya struktur itu sesuai untuk mana-mana kawasan bandar di tepi laut.


Schopfer berkata: “Projek yang berpotensi besar ini sesuatu yang di luar jangkaan. Ia adalah pencapaian tertinggi dalam era baru pembangunan bandar,” katanya.



New Orlean Noah arcology 


mempunyai sekolah, pasaraya , hotel dan juga rumah kediaman yang boleh memuatkan sehingga 40,000 penduduk.


bakal menjadi sebuah bandaraya terapung yang terbesar di dunia
SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan