Rabu, 24 Ogos 2011

WordPress 3.3 Akan Membawakan Sokongan Drag-Dan-Drop Untuk Muat-Naik Media

Dengan pelancaran WordPress 3.2
beberapa minggu sebelum ini, semua sedia maklum yang mana pembangunan WordPress 3.3 telah pun dimulakan, dan disasarkan pelancarannya pada 15 November. Kini pada WordCamp San Francisco, Matt berkongsi beberapa perkara mengenainya.
Salah satu perkara yang diberikan perhatian pada WordPress 3.3 adalah fungsi memuat-naik media melaluinya. Kini, Matt mengatakan yang mana bermula daripada WordPress 3.3, ianya akan menyokong fungsi muat-naik melalui drag-dan-drop sepertimana terdapat pada beberapa perkhidmatan Google. Pada masa yang sama, ianya juga turut sama akan dioptimasikan lagi penggunaannya.

Selain daripada itu, perhatian serius juga turut diberikan kepada halaman pentadbir, dimana ianya diperkatakan beberapa perubahan antaramuka akan diperlihatkan, menjadikannya lebih responsif berbanding sekarang ini.

Mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaita WordPress 3.3 dalam beberapa minggu akan datang, dengan bermulanya pembangunan yang lebih aktif untuknya.

SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan