Sejak kebelakangan ini banyak kisah pasal pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris di blog-blog pembangkang
. Bagaimana rasanya jika diantara pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris suatu ketika dahulu yang tercatat dalam buku sejarah adalah moyang kita yang pernah dihukum bunuh oleh Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu?.
. Bagaimana rasanya jika diantara pejuang kemerdekaan dan pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris suatu ketika dahulu yang tercatat dalam buku sejarah adalah moyang kita yang pernah dihukum bunuh oleh Inggeris ketika menjajah Tanah Melayu?.
Datuk nenek moyang isteri dan anak-anakku adalah dari keturunan Dato Maharaja Lela yang suatu masa dahulu sangat berkuasa di Pasir Salak, Perak. Walaupun peristiwa itu berlaku 136 tahun dahulu sudah dilupai oleh kebanyakkan kita dan kini hanya menjadi bahan sejarah.
Dalam buku sejarah tempatan mencatatkan beliau dihukum gantung di Matang, Perak seperti yang dilakukan Inggeris kepada Mat Indera. Tetapi pembesar yang lain seperti Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim dan beberapa pembesar Perak kesemuanya yang seramai 47 orang telah dibuang ke Pulau Seychelles yang terletak berhampiran Pulau Maldives dan Mauritius.
Kenapa pembesar Perak yang lain dibuang negeri sedangkan Dato Maharaja Lela dan Si Puntum (orang asli) dihukum bunuh? Mungkin agaknya mereka yang lain tidak terlibat semasa pembunuhan Birch tetapi berkomplot dalam rancangan untuk membunuh JWW Birch yang angkuh.
SEJARAH RINGKAS
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato' Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875. Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.
Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak. Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.
Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak
Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah.
Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.
Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.
Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber gambar: Amir Hamidi)
Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.
Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30hb Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba Birch), Dato’ Laksamana, Swettenham dan Dato’ Syahbandar. Dato’ Sagor (bulatan) berdiri di belakang Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir Hamidi.
Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak
J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.
Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.
Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.
J.W.W Birch merupakan seorang Residen Inggeris yang paling angkuh, suka memperlekeh dan merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara di dalam dada orang-orang besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh J.W.W Birch. Diantara perangai buruknya, suka mengacau perempuan Melayu dan melarikan isteri orang. Itu yang membuat orang Melayu nekad menghapuskan Birch selain dari gila kuasa untuk meluaskan penguasaan di negeri Perak.
TEMPAT BIRCH DIBUNUH
KUBU DATO MAHARAJALELA MEMPERTAHAN SERANGAN PIHAK INGGERIS
yes....isi yg menarik....
BalasPadamORG LAIN NAK BUNOH BIRCH CARA GENTLEMAN,TETIBASsULTAN NAK BUNOH BIRCH DGN CARA SIHIR,
PadamGELAK
Sekarang nie baru aku tahu Dato' Maharajalela......ialah moyang kepada moyang aku......fuhh.....terbaik..!!!!
BalasPadamsalam, cerita saudara tidak lengkap.. maharajalela digantung namun tidak mati.. sila rujuk kepada keturunan beliau yg masih lg hidup..
BalasPadamboleh tak cerita ke mana perginya ahli keluarga dato maharajalela pergi..bila dato dijatuhkan hukuman mati..
PadamSiapa keturunan dato maharaja lela buatlah novel cerita... bg pengajaran sikit kat orang melayu supaya ingat negara kita.mesti ada kisah yg hebat mengikut cerita nenek moyang. It's a value of melayu..
BalasPadamPandak indut adalah moyang saya. Pandak wala anak kpd pa dak indut. Keturunan bugis.
BalasPadamSiapa dalam kalangan mereka yg lari ke Pahang
BalasPadammemang ada hok lari ke pahang ka? kat pahang dorang tukar nama ya?
Padammaaf. cari salasilah sebenar Datok maharaja lela pandak lam bin maharaja lela tok maulud bin maharaja lela Nahkoda tok zainal bin Maharaja lela tok Jalil bin maharaja lela tuk traweh bin maharaja lela tuk pekah bin Datok maharaja lela tok pati@ tok pasai Aceh.
BalasPadamYg mana Raja Bugis??
Padamsalam tuan,sy salah seorang dari susur galur dato maharajalela dan sedang menyusun salasilah keturunan kami, sekiranya tuan dapat berkongsi maklumat yang lebih tepat adalah amat sy dan family mghargainya..tuan boleh hubungi sy di email kamareza88@yahoo.com.my atau di talian w.app sy 014-9142969.TQ
BalasPadamEn, boleh saya tahu senarai nama anak2 dato maharajalela. Kerana arwah nenek saya ade mencerita kan kami keturunan dato maharajalela. Saya mencari kesahihan nya. Kubur arwah nenek punya bapa juga berbin kan maharajalela
PadamAssalamualaikum.... menurut cerita dari arwah tok n arwah moyang saya juga dari susur galur dato maharajalela... kalau boleh biarlah siraturahim antara kita tak terputus....
PadamAssalamualaikum pak cik, saya berasal dari Riau, semasa ayahanda masih hidup beliau pernah bercerita bahwa nenek kami merupakan keturunan Nahkoda Maharaja Lela pada saat itu ayah saya sempat mencari saudara nenek di Malaysia tapi tak berhasil... ayah saya kelahiran tahun 1932 tapi kami tak tahu nenek lahir tahun berapa... menurut cerita ayah, nenek menikah sama kakek kami yg juga keturunan bugis bone dan setelah menikah mereka menetap di Tarempa Kepulauan Anambas Kepulauan Riau Indonesia... semoga ada kejelasan.
BalasPadamWassalamualaikum warrahmatullahi Wabarakatuh...
ridhookey.yahya@gmail.com
BalasPadamkalau boleh cerita sejarah seperti ini perlu dibuat filem utk tontonan org zaman sekarang. Arwah Tab Sri Jins Shamsuddin pernah menbuat kajian utk filem Pasir Salak tetapi tidak kesampaian. Diharap ada penerbit dan pengarah seperti Mamat Khalid atau KRU utk menyambung kembali kajian yg telah dibuat oleh Arwah dan filemkan utk menjadi tatapan dan pengajaran org zaman skrng terutamanya tali barut yg telah berpaling tadah terhadap Dato Maharaja Lela kerana wang rasuah dan kedudukan.
BalasPadamApa nama isteri dato Maharaja Lela?
BalasPadam